Tuesday, November 20, 2018

Cara urutan batin untuk buat seks lebih mengghairahkan, wajib cuba malam ini!

Cara urutan batin untuk buat seks lebih mengghairahkan, wajib cuba malam ini!

lead image

Urut batin yang unik ini berfungsi untuk menurunkan hormon stres dan meningkatkan hormon oksitoksin untuk ghairah seks yang lebih tinggi. Jom cuba!

Siapa yang tidak suka diurut? Urutan boleh merilekskan tubuh badan dan menenangkan fikiran. Tapi, anda pernah tahu tak yang urut batin yang tepat boleh membuatkan nafsu seks anda lebih meningkat?
Malah, urut batin juga mampu membuatkan aksi anda di ranjang lebih tahan lama! Oleh sebab urutan batin ini bersifat sangat intim, lebih elok ia dilakukan oleh pasangan kita sendiri.
Menurut Dr Steve McGough, seorang profesor di klinik seksologi:
“Urutan batin adalah cara yang bagus untuk meningkatkan keintiman hubungan pasangan. Malah, ia juga boleh mengurangkan stres dan rasa cemas.
Jika urutan batin dilakukan dengan tepat, ia boleh buat kalian lebih rapat!”
Dr McGough juga menambah, kajian telah membuktikan urut batin mampu mengurangkan tahap hormon penyebab stres, iaitu kortisol dan adrenocoticotropin.
src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/09/pijatan seksual.jpg Cara urutan batin untuk buat seks lebih mengghairahkan, wajib cuba malam ini!
Hormon penyebab stres ini boleh menurunkan nafsu seks. Jadi, urutan batin boleh mengembalikan ghairah seks itu semula kerana ia menambah hormon oksitoksin dan serotonin. 

7 cara melakukan urut batin pada pasangan

Sebelum memulakan urut batin, tentukan dulu siapa yang harus mengurut dulu dan siapa yang menerima urutan. Ingat ya, kedua-dua pasangan harus menerima urutan batin ini.
Jadi, jika suami yang memulakan urutan, nanti isteri jangan lupa beri urutan pada suami juga!

Langkah #1:

Mulakan urutan di bahagian telinga pasangan dengan jari. Urut semua bahagian kanan telinga dari atas ke bawah. Jangan lupa cuping telinga!
Kemudian, telinga kiri pula.

Langkah #2:

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/09/pijatan sensual.jpg Cara urutan batin untuk buat seks lebih mengghairahkan, wajib cuba malam ini!
Urut bahagian kening dan kepala pasangan dengan lembut melalui jari-jemari anda. Kemudian, beri fokus pada leher pasangan pula.

Langkah #3 

Letakkan tangan kanan anda di bahagian tulang belikat pasangan. Tekan dengan lembut.
Gerakkan tangan kiri anda di bahagian belakang bahu dari atas hingga ke bawah. Ulang urutan ini sebanyak 20 kali untuk bahu kanan dan kiri.

Langkah #4:

Angkat lengan pasangan, ramas dengan sekuat hati. Berikan ramasan dari hujung tangan atas hingga ke pergelangan tangan.
Ulang beberapa kali. Jangan lupa beri urutan pada jari pasangan juga. Lakukannya pada kedua-dua lengan.

Langkah #5:

src=https://www.kinetico.rs/wp content/uploads/2017/06/IMG 7390.jpg Cara urutan batin untuk buat seks lebih mengghairahkan, wajib cuba malam ini!
Tekan tangan anda perlahan-lahan di bahagian bawah perut pasangan. Di mana bahagian bawah perut? Ia di antara tulang selangka mereka.
Lakukan urutan dalam gerakan memutar dari bahagian rusuk hingga ke bawah mengikut aturan jam.

Langkah #6: 

Tekan bahagian punggung dan paha pasangan anda. Lakukan urutan di bahagian lutut naik ke atas. Ulang semula dari punggung ke kaki. 
Lakukan urutan di bahagian dalam paha juga, dimulai dengan betis, belakang lutut hingga punggungnya.
Urutan ini harus dilakukan sebanyak 20 kali untuk satu kaki. Ia boleh merilekskan badan dan jadi warm up sebelum aksi bermula.

Langkah #7:

Setelah kesemua enam-enam langkah urut batin dilakukan, baring di sebelah pasangan dan peluk mereka. Ketika ini kalian pasti akan rasa lebih rapat.
Jangan lupa menukar giliran! Bila kedua-dua pasangan menerima urutan, barulah kalian boleh memulakan aksi.
Kalau tidak, pasti satu pasangan lagi itu akan kepenatan dan malas untuk berasmara. Semoga bermanfaat!

Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!

lead image

Privasi di bilik tidur adalah rahsia suami isteri. Sebab itu, orang luar tak kira saudara, mertua atau adik beradik sekalipun dilarang masuk kerana...

Anda tahu tak, rahsia suami isteri itu ada dalam kamar tidur?
Sebab itulah, bilik tidur utama dalam sesebuah rumah adalah milik suami isteri dan orang luar tidak dibenarkan masuk sesuka hati. Kalau nak masuk juga, anda perlu minta izin daripada tuan rumah tersebut. 
Sebenarnya, soal bilik tidur ini boleh buat gaduh besar jika ada pihak yang melanggar peraturan tersebut. Jadi, tolong hormati privasi pasangan suami isteri itu

Apa sebenarnya rahsia suami isteri dalam bilik tidur?

Secara lazimnya, bilik tidur adalah tempat beristirehat bagi suami isteri selepas seharian penat bekerja. Jadi, situasi yang aman, segar, tenang dan selesa semestinya amat diperlukan dalam bilik tidur.
Malah di bilik tidur itu juga, suami isteri berduaan, berbincang, bersolat, mengaji Al-Quran, bersemuka dan melakukan hubungan kelamin.
Pakar Perunding Keluarga Dr Fadzilah Kamsah pernah berpesan bahawa kamar tidur suami isteri adalah kawasan larangan atau No Entry.
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/example room design.jpg Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!
Kredit: Example Room Design
Yang dibenarkan masuk ke dalam bilik tidur tersebut hanyalah suami isteri tersebut sahaja kerana di situ semua aktiviti sulit dilakukan dengan pasangan.
Jika ada tetamu datang ke rumah, mereka boleh menggunakan bilik tetamu atau bilik anak. Sekiranya suami tidak faham tentang ini, isteri boleh membawanya berjumpa pegawai kaunseling atau pejabat agama.
Malah haram hukumnya masuk ke dalam bilik tuan rumah dan tak boleh masuk sesuka hati ke mana-mana bahagian dalam rumah tersebut tanpa keizinan.
Lebih-lebih lagi di kamar tidur kerana terdapat pakaian milik isteri yang tak sepatutnya diperlihatkan oleh orang luar. Walaupun keluarga, saudara atau mertua sekalipun.
Hal ini kerana, bilik tidur yang selalu dicerobohi orang luar lama-kelamaan akan hilang serinya kerana tiada lagi privasi antara suami dan isteri berkenaan. 

Rahsia suami isteri dalam kamar tidur

Kewajipan menjaga bilik tidur ini tidak hanya terletak di tangan isteri sahaja tapi suami juga perlu ambil tahu bersama-sama.
Berikut merupakan beberapa petua bagi memastikan bilik tidur dalam keadaan kemas dan teratur..

Petua penjagaan kamar tidur utama suami isteri

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/hoaphatmiennam.vn .jpg Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!
Kredit: Hoaphatmiennam
  • Memastikan tiada sampah bertebaran atas lantai atau sarang lelabah di atas siling bilik.
  • Cadar bertukar sekurang-kurangnya seminggu sekali.
  • Elakkan bilik tidur berbau kurang enak.
  • Guna alat aromaterapi bagi mengurangkan bau yang kurang menyenangkan. Contohnya bauan lavender yang sungguh wangi dan mengasyikkan.
  • Bantal dan sarung bantal sentiasa bersih.
  • Sentiasa buang debu di bahagian tingkap bilik
  • Bersihkan tahi cicak di celah tingkap atau dinding.
  • Basuh langsir dan tukar yang baru jika kelihatan berdebu
  • Jangan biarkan kain baju di belakang pintu atau merata tempat dalam bilik tidur.
  • Susun dan lipat kemas baju dalam almari.
  • Kemaskan meja solek.
  • Lap cermin meja solek jika perlu
  • Cuci bilik air supaya bau yang kurang menyenangkan tidak meresap masuk ke dalam kamar tidur.
  • Jemur permaidani bilik tidur.
  • Enam bulan sekali tukar kedudukan perabot dalam bilik tidur.
  • Kedudukan ruang solat tidak menghadap pintu bilik air.
  • Jadikan kebiasaan bahawa bilik tidur adalah tempat rahsia dan larangan orang yang tidak berkenaan.
Ingin diingatkan di sini, isteri harus sentiasa memastikan bilik tidur dalam keadaan yang bersih dan ikut tip yang dikongsikan tadi.
src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/10/couple in bed at night woman using smartphone and man sleeping szlez4myh  F0000.jpg Bilik tidur itu 'tempat rahsia" suami isteri, anda TAK BOLEH masuk sesuka hati!
Mungkin suami tidak bersuara atau menegur bilik tidur yang tak bersih atau kotor ini. Tapi jangan sampai anda menyesal jika suami mencari bilik tidur lain untuknya menenangkan diri tanpa pengetahuan isteri.
Berikan aura dan aroma dalam bilik tidur kerana ia mencerminkan keperihatinan isteri terhadap kebajikan suaminya.
Lakukan aktiviti memperindahkan bilik tidur demi kebahagiaan rumahtangga. Selamat berjaya!

7 teknik ciuman yang tepat agar aksi foreplay lebih mengghairahkan

7 teknik ciuman yang tepat agar aksi foreplay lebih mengghairahkan

lead image

Ciuman bukan sekadar nak panaskan aksi di ranjang. Tapi, cara mencium bibir pasangan yang tepat mampu menambah keintiman dan kemesraan anda malam ini!

Ciuman biasanya diberi sebagai ungkapan rasa cinta, ataupun sebagai pemanas sebelum aksi di ranjang bermula. Tapi siapa sangka, cara mencium bibir pasangan dengan tepat juga mampu menghangatkan lagi aksi anda!
Dr. Suzanne Rapley, seorang pakar terasi seks dengan sijil AASECT menjelaskan, “ciuman adalah salah satu cara mengungkapkan diri secara seksual”.
Hal ini turut disokong oleh Emily deAyala, seorang lagi pakar terapi seks yang mengatakan bibir dan mulut memiliki banyal sel saraf yang sensitif terhadap rangsangan.
Sebab itulah cara mencium bibir pasangan dengan tepat mampu menaikkan ghairah!
Akan tetapi, kebanyakan pasangan suami isteri terlalu cepat melakukan aksi ciuman itu. Meluangkan lebih banyak waktu bercumbu boleh menimbulkan rangsangan yang lebih banyak, malah “mengikat” pasangan.
Berikut antara 7 cara mencium bibir pasangan dengan tepat yang anda wajar lakukan pada suami/isteri anda untuk menambah keintiman sebelum berasmara.

7 cara mencium bibir pasangan dengan tepat

1. Saling berciuman ketika duduk bersebelahan

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/10/teknik ciuman.jpg 7 teknik ciuman yang tepat agar aksi foreplay lebih mengghairahkan
Salah satu cara mencium bibir pasangan dengan tepat adalah dengan duduk bersebelahan mereka. Palingkan kepala anda dan mula bercumbu.
Suami/isteri boleh memegang sisi wajah pasangan sambil memberi belaian lembut. Pasti pasangan akan lebih terangsang!

2. Ciuman ketika berbaring

Ketika berbaring saling berhadapan dengan pasangan, cuba peluk mereka dan saling bersentuhan.
Selepas itu, bolehlah anda memulakan ciuman perlahan-lahan. Posisi ini mencipta suasana santai supaya kalian tidak terburu-buru.
Ia boleh dibuat sebelum tidur, atau ketika baru bangun waktu pagi.

3. Ciuman dengan dada saling bersentuhan

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/10/ciuman.jpg 7 teknik ciuman yang tepat agar aksi foreplay lebih mengghairahkan
Cara mencium bibir pasangan ini paling best kerana anda boleh melakukannya di mana-mana saja! Sambil berpelukan, cuba dekatkan wajah anda pada pasangan.
Kalau cuba cara ini di ranjang pun tidak salah. Pasti kalian akan lebih terangsang selepas itu.

4. Ciuman penuh ghairah

Berciumanlah seolah-olah kalian telah lama berjauhan dan amat merindui pasangan. Tumpahkan segala nafsu, ghairah serta rasa rindu anda pada ciuman tersebut.
Pasti cinta kalian akan lebih bertambah selepas ciuman panas penuh ghairah ini 😉

5. Ciuman lembut di leher pasangan

Leher pasangan adalah antara titik sensitif yang tidak patut anda lupakan. Sesetengah pasangan mungkin akan berasa malu, namun kulitnya masih akan merasa rangsangan yang diberi.
Berikan ciuman di sekitar leher, kemudian ke bahagian bawah telinga hinggalah ke tengkuk pasangan. Semua bahagian ini pasti akan buat pasangan “tergila-gilakan” anda!

6. Ciuman di semua tempat kecuali bibir

Siapa kata anda hanya perlu memberi ciuman di bibir pasangan? Jangan lupa, wajah dan leher pasangan juga ada titik sensitif yang cepat menerima rangsangan.
Berikan ciuman lembut di seluruh kawasan wajah dan lehernya. Tapi jangan di bibir!
Ini akan mencipta rasa “ternanti-nanti” sehingga pasangan tidak sabar lagi untuk mengucup bibir anda yang seksi lagi mungil itu.

7. Posisi ciuman dengan isteri di atas

src=https://assets id.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/24/2018/10/fantasi seks suami 3.jpg 7 teknik ciuman yang tepat agar aksi foreplay lebih mengghairahkan
Minta suami baring terlentang di ranjang sebelum anda menaikinya. Dekatkan wajah anda pada wajahnya hingga dada kalian bersentuhan.
Selepas itu, ehem! Berikan tekcik ciuman penuh ghairah dan seksi yang anda pernah anda belajar. Pasti panas aksi di ranjang anda malam ini!
Ha… amacam? Berani tak nak cuba dengan pasangan malam nanti? Semoga perkongsian ini bermanfaat!

Panduan agar isteri capai KLIMAKS selama 15 minit - suami wajib cuba!

Panduan agar isteri capai KLIMAKS selama 15 minit - suami wajib cuba!

lead image

Pernah tak anda dengar tentang wanita capai klimaks selama 15 minit? Ehem! Hari ini kami bongkarkan bagaimana setiap isteri boleh rasa klimaks 15 minit ini ;)

Wanita capai klimaks selama 15 minit

Pernah tak anda dengar tentang bagaimana wanita capai klimaks selama 15 minit dengan teknik yang betul?
Ha… jangan ingat ia satu mitos, tau! Jika sebelum ini kami pernah kongsi pada anda apa rahsia wanita capai klimaks dan petua tahan lama untuk suami, kali ini, jeng jeng jeng!
Kali ini kami akan beri panduan lengkap tentang bagaimana step-by-step untuk buat wanita capai klimaks selama 15 minit pula.
Selepas anda mengetahui cara-cara ini, bolehlah anda kongsikan ia dengan suami anda. Mana tahu, ehem, anda boleh capai klimaks malam ini!

Bagaimana wanita capai klimaks selama 15 minit?

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/fake orgasm cheating.jpg Panduan agar isteri capai KLIMAKS selama 15 minit   suami wajib cuba!
Kredit: 360Nobs.com
Timothy Ferris, seorang penulis dan pakar terapi seks mendedahkan beliau tahu bagaimana untuk buat wanita capai klimaks sehingga 15 minit. 
Caranya bagaimana? Ehem, caranya mudah saja. 
Suami, jom buat 4 langkah di bawah ini. Kami confirm, isteri anda akan senyum sampai ke telinga kelak!

Langkah 1: Buat test run sekejap

Perkara pertama anda (suami) kena tahu adalah dekat mana klitoris si isteri. Anda kena merangsang G-spot isteri. Untuk merangsangnya, cari klitoris dulu ya!
Selepas anda jumpa klitoris itu, perlahan-lahan sentuhnya. Ingat: anda kena 100% fokus sepanjang proses ini!

Langkah 2: Isteri pula kena relaks dan bertenang

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/d6d7c96aab026b6f90142affe2899763fe8fb6b3f6adb5bb4fd3104e26db1e65 large.jpg Panduan agar isteri capai KLIMAKS selama 15 minit   suami wajib cuba!
Kredit: LockerDome
Bagi para isteri pula, anda tak payah buat apa-apa pun. Cukuplah sekadar merelaks-kan badan anda itu dan bawa bertenang.
Izinkan suami merangsang anda dengan gosokan itu. Dan yang paling penting, suami jangan rangsang isteri sekejap saja tau!
Rangsang isteri sampai dia mencapai klimaks. Jadi, kalian berdua kena relaks dan bebaskan minda dari sebarang masalah.

Langkah 3: Isteri berbaring dan suami memulakan…

Wahai isteri, selepas anda menanggalkan pakaian, cuba berbaring terlentang. Letak bantal di leher jika anda suka.
Bengkokkan lutut anda dan biar pasangan menghampiri. Jika suami anda menggunakan tangan kanan, minta suami duduk di sebelah kanan anda.
Suami pula bengkokkan kaki dan menghalakan tangannya ke vagina isteri dalam bentuk seakan-akan melihat jam tapi terbalik.

Langkah 4: Mulakan rangsangan anda!

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2018/02/le clitoris documentary lori malepart traversy fb.jpg Panduan agar isteri capai KLIMAKS selama 15 minit   suami wajib cuba!
Kredit: Bored Panda
Sekarang suami, ini tugas penting yang harus anda buat:
  • Buka bibir faraj perlahan-lahan.
  • Dengan menggunakan telapak tangan anda, cuba sentuh klitoris ke arah atas.
  • Kemudian, dengan ibu jari, rangsang klitoris tersebut
  • Letak satu tangan anda di bawah punggung isteri
  • Pastikan ibu jari anda merangsang klitoris, namun jari anda tidak dimasukkan dalam vagina
  • Cari “upper quadrant” klitoris iaitu bahagian tepi klitoris yang ada pelbagai saraf. Rangsang klitoris hingga ke bahagian tepi itu. 
  • Kalau anda tak jumpa upper quadrant itu, cuba bayangkan klitoris isteri anda seperti jam.
  • Pukul 12 adalah klitoris, maka upper quadrant yang harus anda rangsang terletak pada pukul 1. Ia bersebelahan sikit saja dari klitoris, seakan-akan poket yang terselindung
  • Sekarang baru anda memasukkan jari sedalam-dalamnya. Jangan berhenti merangsang isteri!
  • Teruskan tujahan jari selama 2 hingga 3 minit dengan penuh kusyuk. Kemudian baru mula permainan baru.
  • Rangsangan klitoris dengan lidah pula! Dengan rangsangan ini, tak sampai 3 minit, isteri anda pasti akan mencapai klimaks.
Taraaa! Sudah siap. Ha… senang saja kan? 
Apa kata isteri diam-diam kongsi panduan ini dengan suami. Bolehlah anda dapat merasa klimaks malam ini 😛

4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki - Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!

4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki - Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!

lead image

Bentuk zakar lelaki umumnya memang nampak sama. Tapi sebenarnya, ada bentuk batang hingga kepala yang berbeza. Jom semak anda punya termasuk yang mana?

Nampak macam sama, tapi sebenarnya, bentuk zakar lelaki adalah berbeza-beza. Ini termasuklah ketika zakar ereksi atau dalam keadaan normal.
Perkara ini disahkan sendiri oleh pakar bedah urologi di New York, iaitu Dr. David Shusterman. Menurut beliau, bentuk zakar lelaki berbeza-beza keadaan, ketebalan dan panjang pendek
Semua perbezaan ini bergantung pada faktor genetik. Biasanya, pertumbuhan ukuran zakar terjadi sejak dalam janin ibu mengandung lagi. 

Bentuk zakar lelaki – Apa yang menentukan beza zakar lelaki?

src=https://asianparent assets id.dexecure.net/wp content/uploads/sites/24/2018/02/bentuk penis.jpg 4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki   Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!
Dr. David Shusterman menjelaskan lagi – 
“Pertumbuhan ukuran zakar dipengaruhi oleh berapa banyak janin dalam kandungan terdedah kepada hormon testosteron. Semakin banyak pendedahan, umumnya, semakin besar ukuran saiz zakar.
Zakar juga boleh bertambah ukuran saiznya apabila lelaki tersebut mencapai akil baligh, di mana hormon testosteron mereka semakin melonjak.”
Jika vagina pun ada bentuk-bentuknya yang tersendiri (seperti yang dikupas kami dalam artikel ini), sudah semestinya bentuk zakar lelaki juga berbeza-beza.
Berdasarkan kajian Dr. Shusterman, bentuk zakar lelaki terdiri daripada 4 jenis ini iaitu berlainan bentuk secara keseluruhannya:

4 jenis bentuk zakar lelaki – yang mana anda punya?

1 – Si kepala besar

src=https://img.buzzfeed.com/buzzfeed static/static/2017 04/28/12/asset/buzzfeed prod fastlane 03/sub buzz 1324 1493395942 7.png?downsize=715:*&output format=auto&output quality=auto 4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki   Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!
Kredit gambar: Buzzfeed
Menurut Dr. Shusterman, 20% zakar lelaki yang pernah dikaji akan kelihatan seperti bentuk #1 ini. Kepala zakar akan kelihatan lebih besar dari batangnya.
Kepala zakar kategori ini juga akan kelihatan lebih tebal dan memiliki diameter yang lebih besar berbanding diameter batang zakar.

2 – Si kepala besar

src=https://img.buzzfeed.com/buzzfeed static/static/2017 04/28/12/asset/buzzfeed prod fastlane 02/sub buzz 8109 1493395943 3.png?downsize=715:*&output format=auto&output quality=auto 4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki   Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!
Kredit gambar: Buzzfeed
Jika tadi kategori saiz kepala zakar yang besar, kali ini kategori zakar dengan kepala yang kecil pula.
Untuk bentuk zakar ini, biasanya ia akan kelihatan dengan kepala yang kecil, namun badan zakar lebih tebal dan gemuk. 
Biasanya, bentuk zakar ini ada pada lelaki yang berbadan gempal, menunjukkan batang penis montok dan sedikit menonjol, manakala kepalanya di hujung lebih kecil.

3 – Bentuk zakar lelaki yang melekuk

src=https://img.buzzfeed.com/buzzfeed static/static/2017 04/28/12/asset/buzzfeed prod fastlane 01/sub buzz 27673 1493396064 5.png?downsize=715:*&output format=auto&output quality=auto 4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki   Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!
Kredit gambar: Buzzfeed
Hampir 10-20% lelaki akan memiliki bentuk zakar seperti kategori ini di mana ia sedikit melekuk,”kata Dr. Shusterman.
Zakar yang sedikit melekuk terjadi kerana otot ligamen yang menyokong penis ke arah pelvis. Otot ini membuatkan zakar kelihatan melengkung ke atas sedikit, dengan sudut lengkungan sekitar 5-6 darjah.

4 – Bentuk zakar lelaki yang melengkung

src=https://img.buzzfeed.com/buzzfeed static/static/2017 04/28/12/asset/buzzfeed prod fastlane 01/sub buzz 27757 1493395939 5.png?downsize=715:*&output format=auto&output quality=auto 4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki   Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!
Kredit gambar: Buzzfeed
Bentuk penis lelaki yang melengkung ke atas hingga 30-60 darjah menandakan bahaya.
Dr. Shusterman menjelaskan, keadaan zakar yang melengkung ke atas ini biasanya disebabkan oleh penyakit Peyronie.
Penyakit Peyronie, atau zakar bengkok, terjadi kerana pembentukan plak fibrosa atau jaringan parut di sepanjang batang zakar. 
Kalau nak tahu sama ada zakar yang bengkok itu teruk atau tidak, cuba lihat darjah kecondongannya ketika ereksi. 
Umumnya, penyakit zakar bengkok atau Peyronie akan hilang dengan sendiri. Namun, ada juga rawatan yang disediakan untuk pesakit. 
Namun, Dr. Shusterman menasihatkan, jika lengkungan zakar tersebut terlalu tajam (terlalu ketara), disertai dengan rasa sakit, lebih baik anda mendapatkan pemeriksaan doktor pakar.

Bagaimana dengan bentuk zakar orang Malaysia?

src=https://asianparent assets id.dexecure.net/wp content/uploads/sites/24/2018/02/bentuk penis 1.jpg 4 Jenis Bentuk Zakar Lelaki   Nampak Macam Sama, Tapi Sebenarnya Berbeza!
Bagi penduduk di Malaysia, ukuran zakar yang normal rata-ratanya dalam lingkungan 7-9 cm ketika normal, dan 13 cm ketika ereksi,”ujar Dr. Indra G. Mansur.
Untuk warna zakar pula, biasanya ia mengikut warna kulit, namun mungkin agak kehitaman. 
Perubahan saiz zakar hanya terjadi apabila akil baligh sehingga lelaki tersebut berusia 20 tahun. Namun, bentuk penis pula tidak akan berubah secara signifikan. 
Apa yang paling penting ialah, dalam keadaan ereksi (menegang), zakar biasanya tidak akan lurus terus ke depan. Adalah normal untuk sedikit bengkok ke kiri ataupun kanan.
Selagi penis anda berfungsi dengan baik untuk membuang air kencing, berhubungan seks, mahupun berejakulasi, itu tandanya penis anda sihat.
Sila semak tanda-tanda penyakit Peyroniezakar patah dan kanser prostat jika anda khuatir tentang zakar anda. Semoga info ini bermanfaat.